Bahasa: EN | 中文 | BM |

About Us

Pembekal Makanan Laut
Segar dan Sejuk Beku

C H Seah Fishery ialah sebuah syarikat pembekal makanan laut sejuk beku. Pejabat kami terletak di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan, Selangor, Malaysia. Pelanggan utama kami terdiri daripada kilang pemprosesan makanan, restoran, hotel, pasar, peruncit, dan lain-lain.

Matlamat kami adalah untuk menyediakan makanan yang segar dan berkualiti untuk anda. Pasukan kami dilatih dengan baik dalam setiap proses pembungkusan dan pembekuan untuk memastikan makanan laut berada dalam keadaan terbaik sebelum dihantar kepada pelanggan.

C H Seah Fishery menawarkan makanan laut sejuk beku yang berkualiti tinggi kepada pelanggan setiap hari. Kami membekalkan pelbagai jenis makanan laut secara borong seperti: ikan dan fillet ikan, udang dan isi udang, sotong, ketam, kerang, kupang hitam, tiram, kerang, sotong kurita atau gurita, sotong serta banyak lagi.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut, kakitangan khidmat pelanggan kami sentiasa bersedia untuk membantu anda.